Wednesday, April 27, 2011

Aku,Bad dan Yaya...

      “ Eh! Itu bukan ke....,”kata Aina kuat,menyebabkan seisi kelas memandangnya.Serta-merta wajah Aina bertukar merah.Malu dengan tindakan luar jangkaannya.
    “Kamu kenal dia ke,Aina?”tanya Cikgu Amin sambil menunjuk ke arah pelajar baru yang sedang berdiri di sebelahnya di hadapan kelas.
      “Err...tak...saya..err,”jawab Aina tergagap-gagap.
     “Hmm?”Cikgu Amin memandang Aina sambil tersenyum. Aina pantas menggelengkan kepalanya.Ditampar pipinya perlahan. 'Kenapa la aku tak boleh cakap elok-elok tadi,'getus AinaKemudian matanya kembali melihat pelajar baru tersebut. Wajah lelaki itu diperhati. Cuba membuat perbandingan dengan seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya...

   Kriiing...Loceng berbunyi.Semua pelajar 6 Comel dah senyum sampai ke telinga.Masing-masing dah mula nak tutup buku dan keluarkan bekal makanan.Perut pun dah nyanyi macam-macam lagu.Mungkin kalau dibuat satu undian, 'Waktu favorite pelajar', waktu rehat confirm dapat nombor 1.
       Walaupun begitu, Aina paling benci waktu rehat.Waktu inilah dia akan bersendirian di kelas menikmati bekalan sendiri.Bukan sebab dia tiada duit untuk berbelanja di kantin,tetapi dia tiada seseorang yang boleh dipanggil kawan.
         Aina mengeluh lagi.Dia kepingin benar untuk mempunyai kawan,tetapi malangnya rakan sekelasnya seakan tidak suka dengan kehadiran pelajar baru seperti Aina.Dia teringin sangat untuk menegur mereka,tetapi dia tidak berani.Mulutnya seakan terkunci.Mungkin sebab itu orang lain memandangnya sebagai budak sombong.
      Kriiing...Loceng berbunyi lagi menandakan waktu rehat sudah pun tamat.Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke kelas. Ketika ini,seorang pelajar lelaki yang agak gempal badannya tertolak meja Aina.Habis jatuh buku-buku dan bekas alat tulis Humaira.
          “Sorry...err...bu..budak bar..u..,”kata pelajar itu dengan muka bersalah.
         “Budak baru?”terkejut Aina mendengar kata-kata budak itu.Masakan tidak,sudah 5 hari Aina berpindah ke sekolah itu.Takkan lah dia masih tidak tahu namanya.Jelas sekali dia tidak pernah menghiraukannya.
     “Err...aku tak tahu nama kau...”jawab budak tadi tergagap.Sedar dirinya telah mengguris hati Aina. Aina mengeluh.Dia cepat-cepat mengutip barang-barangnya dibantu oleh pelajar tadi.
     “Apa nama kau?”tanya budak berbadan gempal itu.Terkejut Aina mendengar pertanyaannya.Mungkinkah...my first friend?!!
           “Nama saya...,”
        “Aku tahu,Ultraman Dyna!!!”Hampir terjatuh barang yang dikutip oleh Aina terdengar jeritan itu.Matanya pantas dihalakan ke arah pintu.Seorang budak lelaki yang sangat kawaii sedang memandangnya dengan penuh teruja.
       Ehh,kejap!Dia panggil aku apa tadi?Ultraman..what?!!Aina?Ultraman Aina?Kenapa dia panggil aku macam tu?Sejak bila pula aku ni ada gen ultraman?Entah-entah ayah aku dulu pernah jadi ultraman...Kalau betul macam mana dia tahu?Entah-entah dia pun ultraman juga...Hmmm...Mestilah ultraman kenal dengan kaum sejenis dia.Ehh...ultraman tu kaum ke?Paling penting,ultraman tu wujud ke?Huhu...otak dah tak dapat berfungsi dengan elok akibat kejutan yang melampau.
         Budak kawaii itu menghampiri Humaira.Dia mengutip pensel kayu di bawah meja.            “Tengok ni,Ultraman Dyna!” kata budak itu,teruja sambil menunjukkan pensel kayu itu.Pada pensel itu terdapat gambar Ultraman Dyna.Serta-merta tawa Aina meletus.Mukanya terus berubah merah akibat ketawa.
       “Hei...apa yang lawaknya?”tanya budak itu kehairanan. Aina ketawa lagi,kali ini lebih kuat.
      “Aku ingatkan kau panggil aku ultraman...Ultraman Aina!Rupa-rupanya kau ternampak pensel ni..”jawab Aina dengan tawa yang masih berbisa.Mendengar ceritanya,budak itu juga tertawa.Takkanlah dia nak panggil orang ultraman!
           “Wei...mana ada Ultraman Aina!”tiba-tiba budak gempal tadi menyampuk.Ceh!Tak pergi lagi rupanya budak ni. “Ultraman Dyna adalah!”
          “Aku tahu...aku tersilap dengar tadi.Aku ingatkan dia sengaja panggil aku Ultraman Aina,sebab nama aku...”
         “...Aina Humaira,kan?”sambung budak kawaii itu. Aina terkejut.Dia tahu nama aku?So unbelievable!
       “Oh...hehe...aku ingat kau tak tahu nama ultraman ni...aku ingat kau main sebut je..sorry,”jawab budak berbadan gempal itu dengan muka merah lalu pergi dari situ. Aina memandang budak kawaii itu.Dia sedang membelek pensel itu sambil tersenyum.
      “Cantik la pensel ni...Aku nak beli kat kau, boleh?”tanya budak tersebut. Aina menggelengkan kepalanya.Mana boleh aku jual!Itu pensel yang paling lawa aku pernah ada tau!
      “Tak boleh ke?Okey...takpelah,”jawabnya dengan nada sedih.Macam nak meminta simpati je.Dia memandang Aina dengan mata berair.Kyaaa!!!S...so..so cute!!!So kawaii!!OMG!!!Otak mula berfikir...Nak bagi ke tak nak...nak bagi ke tak nak...
         “Ambillah pensel tu,”akhirnya Aina membuat keputusan.
         “Boleh ke?Berapa harganya?”tanya budak itu,teruja.
      “Kau boleh ambil terus...tak perlu bayar,”kata Aina,tetapi dalam hati...What?!!Bagi terus?Kau ni gila ke Aina?Pensel macam tu mahal tau!Kau ingat kau kaya ke?Bukan calang-calang orang boleh bagi pensel itu macam tu je!
Malangnya...terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata...tanggung sendirilah!Dan budak tadi dah memandang Aina dengan penuh teruja.
        “B..Be...Betul ke,Humaira?”soalnya,meminta kepastian. Aina mengangguk.Humaira?First time ada orang panggil aku Humaira.Sebelum ni orang lain panggil Aina je...tapi Humaira...macam comel je! Aina tersenyum.
    “Thanks,erm...nama aku...Muiz,Abdul Muiz,”katanya sambil tersenyum.Aina juga tersenyum.Akhirnya, dia mempunyai seorang kawan.'Nampaknya tak sia-sia aku bagi pensel tu'getus Aina.

      “Humaira!kau tengok tak ultraman semalam?”jerit Muiz setibanya di kelas.Aina tersenyum sambil mengangguk.Siapa sangka,dia mempunyai kawan yang tersangat obses dengan ultraman.Tersangat kontra dengannya.Tetapi itu bukanlah halangan untuk berkawan.Dan sebab Muiz juga dia mula menonton kartun yang menjadi idaman ramai kanak-kanak.Kini,sudah masuk 2 bulan Aina berkawan dengan Muiz.The only friend she had.Dan semestinya ramai budak perempuan yang lain mengatanya di belakang.Kononnya dia cuma mahu berkawan dengan lelaki,dia mementingkan paras rupa,etc...,etc...,Who cares?!Lantak korang la nak cakap apa!Satu hari tu...
        “Muiz,kenapa kau suka sangat ultraman?”tanya Aina.Muiz yang sedang menikmati roti terhenti sejenak.
        “Kenapa kau tanya?”Wajah Muiz kaku.Tiada riak.
“Saja je tanya...tetiba je rase nak tahu.Aku terdengar kau cakap dengan Imran yang kau ada beli patung dan cd Ultraman Tiga.Kalau kau tak minat sangat mesti kau tak beli,kan?”jawab Aina.Aina lihat muka Muiz.Dia tersengih dan menyambung, “Memang pun aku suka,sebab ultraman boleh terbang.Aku teringin sangat nak terbang macam ultraman.Mesti best,kan?”
“Memang lah best,tapi abang aku cakap jangan tertipu dengan kartun,semuanya tak betul.Mana boleh manusia terbang,”jawab Aina sambil memandang tepat ke arah Muiz.Muiz tersenyum.
“Memang la manusia tak boleh terbang,tapi aku boleh jadi pilot.Pilot bawa kapal terbang,so kira sama la macam terbang,kan?”jawab Muiz.
“Kau nak jadi pilot ke?”tanya Aina,menginginkan jawapan.
“Yup!sebab tu lah aku belajar rajin-rajin.Nanti boleh jadi pilot.” jawab Muiz dengan yakin.Aina pandang Muiz dengan rasa kagum.Siapa sangka dalam usia sebegitu Muiz sudah memasang cita-cita yang tinggi,sedangkan Aina...dia masih tidak memikirkan masa depannya.
         “Nanti aku dah jadi pilot,aku bawa kau terbang.Kita fly sama-sama,nak tak?”tanya Muiz.Aina cepat-cepat menganggukkan kepalanya.Siapa tak nak...
       “Oh,lupa pula!Tengok ni...,”kata Muiz tiba-tiba sambil mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya.Aina memerhatikan barang yang dipegang oleh Muiz.So...So...So cute!!!Kawaii sangat!!Aina hampir terjerit.Sebuah bekas pensil berbentuk badak berwarna hijau.
    “Comelkan?Ayah aku suruh beri dekat kau,ambillah,”kata Muiz sambil tersenyum. Aina pandang Muiz dengan riak wajah hairan.
      “Kenapa?”tanya Aina sepatah.
    “Kau ingat tak pensel Ultraman Dyna yang kau bagi tu?Ayah aku marah sebab ambil barang kau,so ayah aku suruh ganti dengan benda ni,”Muiz menunjukkan ke arah bekas pensil itu.
      “Aku ikhlas la bagi benda tu...”jawab Aina.
      “Aku cakap macam tu kat ayah aku,tapi ayah aku tak percaya.Ayah aku kata aku buli kau.Menyesal aku tunjuk Yaya kat ayah...”kata Muiz bernada sedih.Aina pandang pelik pada Muiz.Wait!Dia cakap apa tadi?Yaya?Apa tu?
      Muiz yang perasan akan perubahan riak wajah Aina terus menyambung, “Yaya tu nama pensel tu.Orang cakap kalau kita bagi nama kat barang-barang kita,kita akan lebih sayang dan hargai benda tu.Kau boleh cuba dekat bekas pensil baru kau ni,”kata Muiz panjang lebar.Aina tersenyum sambil menggeleng.Dia tidak pandai dalam bab memberi nama.Kucingnya pun hanya dipanggil Tompok.Nama yang dah bosan orang dengar.Kucing tu pun macam tak suka nama tu.Agaknya kalau kucing tu boleh bercakap,mesti dia cakap,'Wei!!Takde nama lain ke?Moyang aku pun nama tu tau,'
       “Kalau macam tu,biar aku suggest kan nama untuk kau,”kata Muiz.Aina hanya angkat bahu tanda dia tidak kisah dengan cadangan Muiz.Muiz berfikir sejenak.
   “Aku tahu!Kita panggil dia Che' Bad nak?”tanya Muiz,teruja.Aina berfikir sebentar. Che' Bad?Apa tu?Termasuk dalam kategori nama ke?Macam jenama ikan sardin je...Mana lah dia dapat nama tu.Kalau zaman opah aku boleh la panggil Che' Bad,tapi sekarang...
Aina tatap wajah Muiz.Aduh,dia buat muka comel pulak!Macam mana ni?'Bila fikir semula,nama Che Bad tu macam comel je.Sesuai la dengan benda tu.' Cepat-cepat Aina ubah fikiran.Dia terus menganggukkan kepala tanda setuju.Muiz tersenyum lebar.Gembira kerana cadangannya diterima.
       “Aku dah agak kau mesti suka nama ni,”balas Muiz.Aina tersengih.Memang aku suka sangat....
      “Aku nak tanya sikit,tapi kau jangan marah pulak,”tanya Muiz.Aina memandang Muiz sambil mengangkat kening, menyuruh Muiz meneruskan bicara.
     “Kau suka kawan dengan lelaki ke?”Pertanyaan Muiz mengejutkan Aina.Dia dah boring dengan aku ke?
      “Kenapa cakap macam tu?”tanya Aina sambil mengerutkan dahi.Takkanlah Muiz sama macam budak-budak lain...
        “Aku tengok kau cuma cakap dengan aku je dalam kelas ni.Kau tak tegur pun budak perempuan lain.Mereka semua ingat kau suka aku...”jawab Muiz.Muka Aina kemerahan. "Mm..Mana ada aku suka kau...Kalau nak teka pun berpada-pada la...”jawab Aina tergagap.
      “Sebab tu lah aku tanya kau,kau tak nak kawan dengan mereka ke?”Muiz pandang Aina.Aina mengeluh.Apalah aku ni,kecik-kecik dah pandai mengeluh.
      “Aku bukan tak nak kawan,tapi mereka macam tak suka aku je.Aku tak berani nak tegur dulu,”jawab Aina dengan jujur.Sememangnya dari awal lagi dia dapat merasakan seperti kehadirannya tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.Kalau tidak,takkanlah sampai nama pun tak tahu...
     “Mereka bukan tak suka kau,cuma mereka anggap kau sombong.Mana taknya,masa mula-mula kau masuk,kau langsung tak senyum.Mereka pun takut nak tegur,”jawab Muiz.
      “Aku bukan tak nak senyum, cuma aku gabra sangat.Macam mana ni?Aku bukannya sombong...”Aina buntu.Kalau boleh,dia memang mahu berkawan rapat dengan rakan sekelasnya.
    “Kau tegurlah dulu.Kau kena dapat kawan cepat-cepat.Aku bukannya selalu ada dengan kau,”jawab Muiz.Aina berfikir sejenak.Memang betul kata-kata Muiz tu.Takkan nak jadi lonely girl lagi?
     “Esok aku akan cuba...”Aina membuat keputusan.Dia bertekad.Dia akan cuba berbaik dengan pelajar lain.
   “Baguslah,nanti bila dapat ramai kawan jangan lupa aku tau!”balas Muiz sambil tersenyum.Aina mengangguk.Mana boleh aku lupa...
    Keesokan harinya,Aina melangkah ke sekolah dengan penuh semangat.Setibanya di depan pintu kelas,dia berhenti.Dia menarik nafas dalam-dalam.Dihembusnya perlahan.
  “ASSALAMUALAIKUM!!!”suara Aina menggegarkan seisi kelas.Semua orang memandangnya dengan penuh kehairanan.Aina terkaku.Apa yang aku dah buat ni?Seketika kemudian kelas 6 Comel bising dengan tawa seisi kelas.Muka Aina merona merah.'Apalah...Aku sepatutnya buat kawan,bukannya buat lawak.Mana nak letak muka ni?'gertus Aina.
      “Aina,kuatnya suara kau!”tegur seorang pelajar perempuan dengan tawa yang masih bersisa.Aina terkejut.Dia cakap dengan aku ke?
      “Apalah...terkejut kitorang tau!”balas seorang lagi.Pelajar lain hanya ketawa melihat Aina yang sedang menahan malu.
        “Sorry,aku excited sikit hari ni...”jawab Aina.Pelajar lain terus menghampiri Aina dan bertanya,“Kenapa kau excited....”dan bla..bla...bla..Macam-macam yang mereka borakkan,sampai Aina tak larat nak layan.Tapi Aina gembira.Sangat gembira.Siapa sangka sebenarnya senang umtuk berkawan.Aina pandang senyap-senyap ke arah tempat duduk Muiz.Kosong.Tak sampai lagi ke?Baru nak cerita berita gembira...
       “Bangun...”suara ketua kelas kedengaran sebaik sahaja Cikgu Hanif melangkah masuk ke kelas.Aina tersedar dari lamunannya.Cepat-cepat dia berdiri.Sesudah memberi salam,Cikgu Hanif mula memeriksa kehadiran pelajar.Dimulai dengan nama...
         “Abdul Muiz!”Tiada sahutan.Senyap,menandakan pelajar tersebut tidak hadir.Aina pandang ke arah tempat duduk Muiz.Tak datang ke?
         “Oh,cikgu lupa pulak! Muiz tak datang hari ni.Dia dah berpindah.Dia kirim salam pada kamu semua...”kata Cikgu Hanif.Suasana kelas mula bising dengan suara-suara orang bertanya.Masing-masing terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Hanif.Muiz tak pernah pun bercerita tentang dia mahu berpindah.
         Dan Aina...Aina masih lagi terkaku.Muiz...pindah?Biar betul?Patutlah dia suruh aku cari kawan cepat-cepat.Dia takut aku sorang-sorang lagi.Bodoh Muiz! Kau tak payah la nak risau pasal aku! Aku tau la nak jaga diri sendiri.Kalau kau tak cakap pun aku tetap akan cari kawan.Kau ingat aku suka sangat ke kawan dengan kau sorang?Tiap-tiap hari cakap pasal Ultraman...boring tau!Tapi...kenapa aku rasa nak nangis ni?Jangan nangis la! Buat malu je..
       Aina teringat akan kata-kata Muiz. ...Kau kena dapat kawan cepat-cepat.Aku bukannya selalu ada dengan kau,.”“Baguslah,nanti bila dapat ramai kawan jangan lupa aku tau!” Lagi sekali air matanya bergenang.Cuba sedaya upaya menahan tangis.Baik betullah Muiz ni! Memang sengaja nak buat aku menangis...
       Sejak hari tu,Aina cuba untuk beramah dengan pelajar lain.Kini kawannya bukan seorang,tapi dah boleh masuk tahap uncountable.Boleh percaya ke?Huhu...
     Walaupun begitu,dia belum lagi mempunyai kawan seperti Muiz.Obses dengan Ultraman.Dan dia pasti,kalau ada pun,tidak akan sama dengan Muiz.Huh!Tolonglah...Kalau ada pun orang yang sejibik dengan dia,tak hingin aku buat kawan.Nanti tak pasal-pasal dia tinggalkan aku tanpa goodbye.ARRRGHHH!!!!Kenapa bila ingatkan balik aku rasa...marah?Rasa geram...sangat!At the same time,aku rasa sedih juga...Bencinya!!!Kenapa kau buat aku jadi macam ni,Muiz?Kenapa?Why!!
    “AINA!!” Papp!!Aina cepat-cepat tersedar dari lamunannya.Cikgu Amin sedang memandangnya dengan senyuman yang dibuat-buat.Macam marah je...Rileks la cikgu...Cikgu ingat senang ke nak flashback kisah dulu-dulu?Getus Aina.
     “Aina,awak berangan apa?Jadi kung fu girl ke?Kalau nak berangan pun,janganlah baling buku tu...”soal Cikgu Amin sambil memandang ke arah buku teks English yang sudah renyuk di atas lantai.Serentak dengan itu bunyi tawa kedengaran.Cepat-cepat Aina memandang buku tersebut.Alamak!Apa aku dah buat?Bukunya berada di lantai?Jatuh ke?Pantas dia memandang Suraya,rakan yang duduk disebelahnya.Disikunya lengan Suraya sambil mengangkat kening.Apa aku dah buat?
       “Awak nak tahu apa yang awak dah buat?Awak tiba-tiba sahaja baling buku tu ke arah saya.Nasib baik lah tak kena...”jawab Cikgu Amin sebelum Suraya sempat menjawab.Dan sekali lagi kelas 5 Sains gamat dengan suara tawa.Aina tersengih malu.Dipandangnya wajah budak baru itu.Kebetulan pelajar baru itu pun sedang memandang Aina.Senyap.Kaku.Muka robot.Senyum pun tak.Ceh! Sombongnya!
      “Okay,let's continue.Kita berhenti di mana tadi?”tanya Cikgu Amin sambil  meletakkan  buku teks Aina di atas mejanya.
     “London,cikgu!”jawab salah seorang murid disambut dengan tawa dari pelajar lain.Cikgu Amin senyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan.Kalau dah nama budak sekolah...
        “Abdul Muiz,awak boleh duduk di meja sana,”arah Cikgu Amin.Aina pandang pelajar baru itu bergerak ke tempat duduknya.Wait!Apa cikgu cakap tadi?Abdul Muiz?Siapa Abdul Muiz?Takkanlah...
          Aina toleh semula ke tempat duduk belakang.Diperhatinya Muiz mengeluarkan buku dari begnya.Tiba-tiba dia terasa lengannya disiku.Suraya.Aina pandang Suraya sambil mengangkat kening.Apa lagi?
   “Cikgu dah nak start ajar tu.Keluarkan buku cepat!”bisik Suraya.Aina mengeluh.Dipandangnya laci yang terletak dibawah meja.Buku nota dikeluarkan dari meja.Pen mana?Oh...dalam pencil case.Dicapainya pula pencil case hijau itu.Ahhh...Che' Bad!Dipegangnya Che' Bad erat-erat.Agak-agaknya dia ingat aku lagi tak?Mestilah tak...Tadi dia pandang aku tak senyum pun.Kalau aku tunjukkan Che' Bad,dia ingat tak?Aku rasa macam nak angkat je Che Bad tinggi-tinggi,pastu cakap kuat-kuat, “Ingat aku tak?”Hahahaha....Memang...kerja gila!Tak pasal-pasal kena denda berdiri luar kelas.Cikgu Amin tu bukannya senang nak predict dia punya temper.Sekali angin...fuh!Rasalah nightmare seminggu...
       Aina toleh semula ke belakang.Matanya difokuskan ke arah tempat duduk Muiz.Sorry cikgu!Rasa tak aman selagi tak tau dia masih ingat saya atau tak.Diperhatinya Muiz.Muiz pandangnya,tetapi dengan pandangan kosong.Tiada perasaan.
         'Aku salah orang agaknya!Tak semestinya muka sama tu orang yang sama,'Aina menyedapkan hati.Dihalakan pandangannya ke hadapan semula.Dia sangat sedih sebenarnya tetapi takkanlah dia nak menangis di dalam kelas pula.Dia cuba menahan air matanya.
     “Siapa mahu baca perenggan pertama ni?”tanya Cikgu Amin.Ramai pelajar yang mengangkat tangan.Aina pula lebih selesa mendiamkan diri.
      “Muiz,awak baca,”arah Cikgu Amin.Muiz bangun dan mula membaca sepatah demi sepatah ayat dalam buku teks tersebut.
        “...I'm very happy to have a friend like you,Humaira...”
       “Hairi la...bukan Humaira,”Cikgu Amin membetulkan bacaan Muiz.Aina terpaku.Dia sebut Humaira ke?Sengaja atau tak?
    “Muiz,duduk.Siapa nak sambung lagi?”tanya Cikgu Amin lagi.Sebaik sahaja Muiz duduk,Aina menoleh semula ke tempat duduk Muiz.Muiz memandangnya sekilas lalu mengeluarkan sesuatu dari pencil case.Ahh!!That thing!Very familiar thing! Pensil kayu merah dengan gambar Ultraman Dyna pada permukaannya.Huhu...itukan...YAYA!!
     Aina pandang wajah Muiz.Dia sedang tersenyum sambil menunjukkan pensil itu.Aina membalas senyumannya.Dia ingat aku!Dia masih ingat aku!Aina sudah tersenyum lebar.Tiba-tiba dia terasa lengannya disiku lagi.Suraya dah pandang tajam ke arahnya,tanda menyuruhnya untuk menumpukan perhatian.Aina menghalakan semula pandangannya ke hadapan dengan senyuman yang masih belum padam.
Camni la rupa aku waktu tu...hehe...happy giler!
     Tak sangka,walaupun dah hampir 5 tahun tak jumpa, dia masih ingat aku.Nampaknya Che Bad dah jumpa semula Yaya, its' friendly old friend.Aku harap dia ingat lagi janji dia nak fly sama-sama dengan aku!

1 comment: